Notis Privasi (Program PLUSMiles)

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad yang beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor (selepas ini dikenali sebagai “Kami”) adalah komited dalam menjaga kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang diberikan oleh anda. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) tujuan Notis Privasi ini adalah untuk menerangkan cara kami berurusan dengan data peribadi anda dan pilihan-pilihan yang anda ada untuk mengakses atau mengehadkan akses data peribadi anda.

1. Jenis-jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses

Apabila anda mendaftarkan diri dalam program PLUSMiles kami, data-data peribadi yang mungkin dikumpul adalah seperti yang berikut:-

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan/ pasport
  • Jantina
  • Alamat
  • Butir-butir hubungan komunikasi
  • Status perkahwinan
  • Bangsa
  • Pekerjaan
  • Kecenderungan/minat

Untuk memastikan anda dapat menikmati semua manfaat di bawah program PLUSMiles, anda perlulah memberikan kami data peribadi yang tersenarai di atas.

Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan data peribadi atau menarik balik kebenaran bagi pemprosesan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memberikan semua atau sebahagian daripada manfaat di bawah perkhidmatan dan program PLUSMiles tersebut kepada anda.

Program PLUSMiles bermaksud semua program PLUSMiles yang dikendalikan oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, PLUSMiles Touch N’ Go dan e-PLUSMiles.

2. Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda

Kami mengumpul data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • menilai dan mempertimbangkan permohonan anda dan pendaftaran di bawah program PLUSMiles kami;
  • menunaikan kewajipan kontrak kami terhadap anda;
  • membalas pertanyaan yang ditujukan kepada kami;
  • tujuan penyelidikan termasuklah bagi tujuan sejarah dan statistik;
  • memadankan apa-apa data mengenai anda yang dipegang oleh kami atau syarikat-syarikat berkaitan kami dari semasa ke semasa;
  • untuk membolehkan kami memantau, mengkaji semula dan memperbaiki produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan;
  • bagi penilaian dan analisis pasaran, pelanggan, produk dan perkhidmatan kami, termasuk meminta pendapat anda mengenai produk dan perkhidmatan kami dan menjalankan kaji selidik pelanggan;
  • membekalkan anda dengan perhubungan yang kerap (selain daripada bahan-bahan pemasaran langsung) dari kami;
  • Penyiasatan ke atas aduan, transaksi yang mencurigakan atau disyaki dan penyelidikan untuk perkhidmatan atau pembaikan barangan;
  • Membalas pertanyaan atau permintaan akses data oleh anda dan memudahkan operasi harian kami;
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan atau sebagaimana yang dibenarkan oleh keperluan undang-undang atau peraturan;
  • Untuk menguruskan risiko; dan
  • Untuk apa-apa tujuan lain yang anda telah bersetuju sebagai sebahagian daripada transaksi perniagaan kami.

Semua data peribadi yang dikumpul akan disimpan selama tempoh yang dibenarkan/dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, yang mana tempoh masa tersebut berkemungkinan akan dilanjutkan ke suatu tempoh lain selepas penamatan kontrak anda dengan kami.

3. Keselamatan

Kami menjaga keselamatan data peribadi seperti berikut:

  • Sistem kawalan keselamatan yang mencukupi dengan kombinasi kawalan akses berbentuk elektronik dan fizikal, teknologi firewall dan langkah-langkah keselamatan lain yang munasabah untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda;
  • Akses kepada data peribadi anda dengan kakitangan kami adalah secara tegas berdasarkan asas perlu-tahu;
  • Memastikan pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sama seperti yang kami terima pakai.

4. Pendedahan Data Peribadi anda

Kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-

  • Pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dalam program PLUSMiles ini; 
  • Syarikat-syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan kami (ini termasuklah mana-mana entiti dalam Kumpulan Syarikat PLUS);
  • Mana-mana pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang telah kami lantik atau syarikat-syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan kami untuk membekalkan produk/perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami sama ada di dalam atau di luar Malaysia tertakluk kepada kawalan keselamatan yang mencukupi terhadap maklumat tersebut (seperti perkhidmatan pemprosesan data, penyelenggaraan system dan laman web, perkhidmatan media dan pemasaran, perkhidmatan penghantaran, audit, perbankan);
  • Mana-mana penerima serah hak atau penerima hakmilik, peserta atau sub-peserta kepada hak atau perniagaan kami yang sebenar atau dicadangkan;
  • Mana-mana orang yang kepadanya kami adalah berkewajipan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah mahkamah, kod amalan atau garis panduan yang mengikat kami termasuk tanpa had kepada, mana-mana pengawal selia undang, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf industri, dan jika sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang;
  • Juruaudit, peguam, jururunding dan penasihat-penasihat lain kami; dan
  • Kepada pihak-pihak berkaitan yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia. 

5. Hak-hak dan pilihan-pilihan anda

Sekiranya anda ingin membuat apa-apa pertanyaan atau aduan atau meminta akses atau membetulkan data peribadi, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah:-

PLUSLINE         : 1-800-88-0000 or

Email to          : customerservice@plusmiles.com.my / crsd@plus.uemnet.com

Mana-mana permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi boleh dikenakan pembayaran dan tertakluk kepada undang-undang privasi atau perlindungan data.

Walaubagaimanapun, kami berhak untuk menolak sebarang permintaan yang menjejaskan keselamatan dan privasi data peribadi orang lain dan juga permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.

Sekiranya anda berhasrat untuk mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami secara bertulis. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, had batasan ini tidak termasuk pemprosesan data peribadi wajib.

6. Pindaan Selanjutnya dan Perhubungan

Kami akan memaklumkan kepada anda mengenai pindaan material kepada Notis Privasi ini, sekiranya ada, dari semasa ke semasa yang berkemungkinan memerlukan kebenaran anda kepada pindaan yang baru. Sekiranya anda terus melanggani program PLUSMiles anda akan dianggap sebagai telah menerima perubahan tersebut.

 

Bertarikh: 13 Februari 2014

 

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad


 

Privacy Notice for PLUSMiles Programme

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad of Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor (hereinafter referred as “We”, “Us”, “Our”) is committed to maintain the confidentiality, security and integrity of the personal data supplied by you. In line with the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”), this Privacy Notice aims to highlight the manner we deal with the personal data and the choices available to you to access or limit our access to the personal data.

1. Types of personal data collected and processed by us

When you sign up for our PLUSMiles programme, we may collect the following personal data provided by you:-

  • Name
  • Identity Card / Passport Number
  • Gender
  • Address
  • Contact Details
  • Marital Status
  • Race
  • Occupation
  • Personal Interest

In order for you to enjoy the full benefits of the PLUSMiles programme, we require you to provide us with the above data.

Should you decline to provide your personal data or withdraw your consent for us to process your personal data, we will not be able to provide you with the full or part of the benefits of the PLUSMiles programme and services.

PLUSMiles programme means all PLUSMiles programmes operated by us which includes, but not limited to, PLUSMiles Touch N’ Go and e-PLUSMiles.

2. How we use your personal data

We collect personal data for the following purposes:

  • assessing your application and registration to our PLUSMiles programme;
  • fulfil our contractual obligations towards you;
  • responding to enquiries made;
  • research purposes including historical and statistical purposes;
  • matching any data held by us or our related companies relating to you from time to time;
  • to enable us to monitor, review and improve the products and services which we offer;
  • for assessment and analysis of our market, customers, products and services, including asking you for your opinions on our products and services and carrying out customer surveys;
  • provide you with regular communications (other than direct marketing materials) from us;
  • investigation of complaints, suspected suspicious transactions and research for service or goods improvement;
  • responding to your queries or data access requests and facilitating our daily operation;
  • to comply with legal or regulatory requirements or as authorized by legal or regulatory requirements;
  • to manage risk; and
  • for such other purposes which you have consented.

The personal data collected will be retained by us for the duration permitted/required under Malaysian law, which may extend to periods after termination of your contractual relationship with us.

3. Security

We maintain the security of personal data as follows:

  • Adequate security control systems with a combination of physical and electronic access controls, firewall technology and other reasonable security measures are in place to safeguard the confidentiality and security of your personal data;
  • Access to your personal data by our staff is strictly on a need-to-know basis;
  • Ensure that our third party service providers, agents or contractors observe and practise similar standard of security.

4. Disclosure of your personal data

We may disclose your personal data to:-

  • our third party service providers, agents or contractors who work with us in this PLUSMiles programme; 
  • our related, associated or affiliated companies (this includes entity within the PLUS Group of Companies);
  • any third party service provider, agent or contractor who has been appointed by us or its related, associated or affiliated companies to provide products/services in relation to their businesses, whether in or outside Malaysia subject to sufficient security controls over the information (such as data processing services, systems and website maintenance, media and marketing services, delivery services, audit, banking);
  • any actual or proposed assignee, transferee, participant or sub-participant of our rights or business;
  • any person to whom we are  under an obligation to make disclosure under the requirements of any law, rules, regulations, court order, codes of practice or guidelines binding on us including, without limitation, any applicable regulators, governmental bodies, or industry recognised bodies, and where otherwise required by law;
  • our auditors, lawyers, consultants and other advisors; and
  • to such parties as may be permitted under Malaysian law. 

5. Rights and choices

If you would like to make any inquiries or complaint or request access or correction of the personal data, please contact us at:-

PLUSLINE         : 1-800-88-0000 or

Email to          : customerservice@plusmiles.com.my / crsd@plus.uemnet.com

Any request for access or correction of personal data may be subject to a fee and also to any privacy or data protection laws.

However, we reserve the right to decline to process requests which jeopardize the security and privacy of the personal data of others as well as requests which are impractical or not made in good faith.

Where you elect to limit our right to process the personal data, you may contact us in writing. For avoidance of doubt, the limitation does not include processing of mandatory personal data.

6. Further Amendments and Contact

We will notify you of material amendments to this Privacy Notice and will require your consent to the new amendments. If you continue to subscribe to the PLUSMiles programme you shall be deemed to accept such changes.

 

Dated: 13 February 2014

 

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad