Ceria Sepanjang Jalan by PLUSMiles

KLIK SINI UNTUK DAFTAR

Apakah peraduan “Ceria Sepanjang Jalan”

Peraduan “Ceria Sepanjang Jalan” adalah aktiviti bagi mempromosikan pendaftaran Kad PLUSMiles yang menawarkan empat hadiah utama, 20 hadiah bulanan dan 38 hadiah mingguan. Jumlah keseluruhan hadiah bernilai hampir RM50,000.

Bilakah tarikh berlangsung peraduan ini?

Peraduan akan dijalankan bermula 5 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017.

Siapakah yang layak menyertai peraduan ini?

Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas.

Siapakah yang TIDAK LAYAK untuk menyertai peraduan ini?

Pertandingan ini tidak dibuka kepada kakitangan syarikat PLUS Berhad [termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan] ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri] dan/atau pewakil, kakitangan atau orang upahan para pengedar, agensi pengiklanan dan promosi pihak PLUS berhad termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri].

Apakah hadiah yang ditawarkan?

1. Hadiah Utama

  • Dua (2) tiket penerbangan helikopter selama 1 jam untuk setiap Empat (4) orang pemenang mengelilingi ruang udara Lembah Klang.

2. Hadiah Bulanan

  • Hadiah Pertama : Satu (1) telefon pintar Huawei P10 untuk dua (2) orang untuk setiap bulan.
  • Hadiah Kedua: Dua (2) pemenang akan memenangi baucar petrol bernilai RM1,000 setiap orang untuk setiap bulan.
  • Hadiah Ketiga: Tiga (3) pemenang akan memenangi “Dashboard Camera” untuk kereta setiap bulan.
  • Hadiah Keempat: Enam (6) pemenang akan memenangi “Headset Bluetooth Jabra” setiap bulan.
  • Hadiah Saguhati: Dua puluh (20) orang pemenang baucar petrol bernilai RM100 setiap bulan.

3. Hadiah Mingguan

       I.  Minggu Pertama :

  • Empat (4) Tiket ke Legoland (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak) setiap seorang untuk lima (5) orang pemenang

       II. Minggu Ke-2:

  • TiketKidzania Pakej Keluarga (2 Dewasa & 2 kanak- kanak) setiap seorang untuk tiga (3) pemenang

       III. Minggu ke-3:

  • Baucar petrol bernilai RM100 setiap seorang untuk dua puluh (20) pemenang

 

Bagaimanakah caranya saya menyertai Peraduan “Ceria Sepanjang Jalan”?

Anda hanya perlu:

  1. Bagi memenangi hadiah bulanan, anda perlu mendaftarkan kad PLUSMiles anda di portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my dan mengemukakan semua maklumat yang diperlukan di laman pendaftaran tersebut. Pemenang akan dipilih berdasarkan penggunaan kad PLUSMiles paling banyak sepanjang tempoh peraduan.
  1. Manakala bagi hadiah mingguan, anda perlu ‘Like’ Facebook PLUSMiles di www.facebook.com/MyPLUSMiles/ dan ‘Like’ pada “posting”peraduan (POST) yang dipaparkan di laman PLUS Berhad.
  1. Komen secara kreatif di ruang komen POST dengan hashtag #CeriaSepanjangJalan
  1. Pastikan akaun sosial  media anda dibuka (“Public”) sepanjang tempoh peraduan. 

Bagaimanakan pemenang di pilih?

Pemenang bulanan dipilih dengan mengutamakan pengguna PLUSMiles yang paling banyak menggunakan kad PLUSMiles sepanjang Tempoh Peraduan ini.

Pemenang mingguan pula dipilih berdasarkan komen paling kreatif dengan hashtag #CeriaSepanjangJalan.

Bagaimanakan cara untuk mengetahui samada saya adalah pemenang?

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak PLUS untuk mengesahan maklumat sebelum dimaklumkan secara rasmi melalui Facebook dan dihebahkan di laman Facebook PLUSMiles.

 

Terma dan Syarat

Penganjur & Syarat Kelayakan

  1. Peraduan Online Ceria Sepanjang Jalan ["Peraduan"] ini dianjur oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad ["PLUS Berhad"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki Kad Pengenalan atau Pasport yang sah dan bermastautin di Malaysia, berumur 18 tahun ke atas pada 1 Januari 2017.
  2. Berikut adalah kumpulan individu yang tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan PLUS Berhad [termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri]; dan
    2. Pewakil, kakitangan atau orang upahan para pengedar, agensi pengiklanan dan promosi pihak PLUS Berhad [termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri].

 Tempoh

  1. Peraduan akan bermula pada 5 Mei 2017 pada jam 12:00:01 waktu Malaysia (GMT +8) dan akan tamat pada 30 Jun 2017 pada jam 23:59:59 waktu Malaysia (GMT +8) ["Tempoh Peraduan"]. 
  2. PLUS Berhad berhak untuk memendek atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan tidak layak memenangi sebarang hadiah yang ditaja.

Kategori Peraduan

  1. Kategori Pertama : Daftar & Menang!
  2. Kategori Kedua : Peraduan Ceria Sepanjang Jalan

Cara Menyertai Peraduan & Kriteria Kemenangan

1. Kategori Pertama : Daftar & Menang!

  1. Pemenang-pemenang kategori pertama akan dipilih dengan mengutamakan pengguna PLUSMiles yang paling banyak menggunakan kad PLUSMiles sepanjang Tempoh Peraduan ini;
  2. Pengguna-pengguna PLUSMiles dikehendaki untuk mendaftar butiran peribadi dan kad PLUSMiles mereka; dan
  3. Hadiah-hadiah akan diberikan pada akhir bulan setiap bulan selama 2 bulan sahaja.

2. Kategori Kedua : Peraduan Ceria Sepanjang Jalan

       Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta perlu;

    1. “Like” laman Facebook PLUSMiles [“www.facebook.com/MYPLUSMiles”];
    2. Klik “Like” pada “posting” Peraduan (“POST”) yang dipaparkan oleh pihak PLUS Berhad di Laman,;
    3. Peserta perlu komen secara kreatif di ruang komen POST dengan hashtag #CeriaSepanjangJalan;
    4. Hanya hashtag yang betul dan tepat pada akaun media sosial terbuka (“Public”) akan diambil kira pada platform berikut: i. Facebook (melalui kiriman mengandungi video Ceria Sepanjang Jalan);
    5. Peserta juga perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles dengan mendaftar butiran peribadi dan kad PLUSMiles; dan
    6. Langkah di perenggan 2(a) sehingga 2(e) di atas mesti dilakukan dalam Tempoh Peraduan.

3. Untuk menyertai Peraduan ini, perserta perlu mendaftar sebagai ahli Facebook di www.facebook.com .

4. PLUS Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa penggunaan maklumat peribadi termasuk tanpa had “cookies” yang pihak peserta berikan secara langsung kepada pihak ketiga semasa melawat laman yang dihoskan oleh mereka Sila rujuk kepada dasar privasi Laman Web ini (http://bit.ly/2psrpN2) untuk maklumat lanjut.

5. Peserta digalakkan untuk membuka profil sosial media mereka selama Tempoh Peraduan untuk memudahkan sebarang perhubungan.

6. Penyertaan akan dinilai oleh panel pengadil persendirian kami.

7. Setiap peserta dibenarkan mengemukakan lebih daripada satu (1) penyertaan.

8. Penyertaan tidak boleh mengandungi kandungan yang dianggap – atas budi bicara mutlak PLUS Berhad – sebagai fitnah, lucah, ganas atau tidak sesuai.

9. Dengan menyertai Peraduan di atas, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat Peraduan, Terma dan Syarat Polisi Privasi PLUSMiles dan keputusan PLUS Berhad.

10. Bukti pembelian tidak diperlukan untuk menyertai Peraduan ini.

 

Hadiah-hadiah

1. Terdapat 2 kategori hadiah yang bakal dimenangi oleh Peserta-Peserta Peraduan ini.

2. Kategori Pertama: Daftar & Menang!

          Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut:

       i. Hadiah Utama:

  1. Menikmati satu (1) jam menaiki helikopter mengelilingi Kuala Lumpur untuk empat (4) orang bersama pasangan bernilai RM22,000.
  2. Pemenang untuk hadiah utama akan dipilih secara berikut:

           i. Untuk ahli PLUSMiles yang paling banyak menggunakan kad PLUSMiles sepanjang Tempoh Peraduan.

       ii. Hadiah Pertama:

  1. Satu (1) telefon pintar Huawei P10 untuk dua (2) orang.

           i. Satu (1) pemenang sahaja untuk setiap bulan selama dua (2) bulan.

       iii. Hadiah Kedua:

  1. Empat (4) pemenang akan memenangi baucar petrol bernilai RM1,000 setiap orang.

          i. Dua (2) orang pemenang sahaja untuk setiap bulan selama dua (2) bulan.

       iv. Hadiah Ketiga:

  1. Enam (6) pemenang akan memenangi “Dashboard Camera” kereta bernilai RM600 setiap satu.

          i. Tiga (3) orang pemenang sahaja untuk setiap bulan selama dua (2) bulan.

       v. Hadiah Keempat:

  1. Dua belas (12) pemenang akan memenangi “Headset Bluetooth Jabra” bernilai RM240 setiap satu.

          i. Enam (6) orang pemenang sahaja untuk setiap bulan selama dua (2) bulan.

       vi. Hadiah Saguhati:

  1. Empat puluh (40) orang akan memenangi baucar petrol bernilai RM100 setiap satu.

          i. Dua puluh (20) orang akan memenangi setiap bulan selama dua bulan.

3. Kategori Kedua: Peraduan Ceria Sepanjang Jalan

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut:

       i. Hadiah Minggu Pertama:

  1. Tiket Legoland untuk pakej keluarga untuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) orang kanak-kanak bernilai RM500 setiap pakej.

           i. Lima (5) peserta akan memenangi pakej ini bernilai RM500.

      ii. Hadiah Minggu Kedua:

  1. Tiket Kidzania untuk pakej keluarga untuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) orang kanak-kanak bernilai RM300 setiap pakej.

           i. Tiga (3) peserta akan memenangi pakej ini bernilai RM300.

      iii. Hadiah Minggu Ketiga:

  1. Baucar Petron bernilai RM100 untuk 10 pemenang.

           i. Sepuluh (10) orang peserta akan memenangi baucar Petron bernilai RM100 setip satu.

Penebusan Hadiah

  1. Pemenang akan dimaklumkan melalui Laman platform Facebook PLUSMiles. Pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh PLUS Berhad melalui Facebook (“Pengumuman”). Pemenang akan dikehendaki untuk mendaftar penyertaannya dengan mengemukakan butiran pendaftaran (“Butiran Penyertaan”) melalui “Private Message” di Laman tersebut.
  2. Butiran Penyertaan yang perlu dikemukakan antara lain adalah nama, nombor MyKad dan alamat surat-menyurat (seperti yang dinyatakan di dalam MyKad), nombor telefon, alamat emel dan persetujuan terhadap Peraturan, Terma dan Syarat Peraduan dan Peraturan dalam Polisi Privasi PLUS Berhad.
  3. Pemenang yang gagal menghantar Butiran Penyertaan dalam tempoh empat (4) hari  bekerja dari tarikh Pengumuman  ATAU memberikan Butiran Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak tepat akan dibatalkan kemenangan dengan serta-merta.
  4. PLUS Berhad berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada' dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
  5. Peserta hanya layak memenangi satu [1] Hadiah sahaja daripada setiap ketegori peraduan sepanjang Tempoh Peraduan.
  6. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat mengambil bahagian dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah. Pihak PLUS Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa-apa cara sekalipun.
  2. Semua kos rakaman, pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta.
  3. PLUS Berhad tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan / atau laman web.
  4. Para peserta juga bersetuju bahawa PLUS Berhad tidak bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada peserta dan/atau komputer mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web ini dan berkaitan dengan Peraduan ini, penghantaran / muat naik informasi untuk Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
  5. Laman Web ini disediakan dalam keadaan "seperti sedia ada" dan melainkan dilarang oleh undang-undang, PLUS Berhad secara nyata menolak sebarang jaminan dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kebolehgunaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, dan pelanggaran hak. PLUS Berhad tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan sebarang keputusan khusus daripada penggunaan Laman Web. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang anda perolehi daripada kami, atau daripada atau melalui Laman Web akan mewujudkan sebarang jaminan yang tidak dinyatakan secara tersurat.
  6. PLUS Berhad tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan menerima penyertaan yang disebabkan oleh ketidakupayaan daripada Pembekal Perkhidmatan Internet masing-masing [ISP] syarikat dan/atau rangkaian telekomunikasi untuk menyediakan internet tepat pada masanya dan/atau cekap perkhidmatan dan / atau telekomunikasi.

Hak Penganjur

  1. Dengan menghantar penyertaan bagi Peraduan ini, semua peserta adalah bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan PLUS Berhad. PLUS Berhad mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan karya yang dikemukakan oleh semua peserta , menyiarkan nama-nama peserta, dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut bagi apa-apa iklan, perdagangan, tujuan promosi dan untuk apa-apa jua, tanpa sebarang notis kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau apa-apa bayaran atau pampasan untuk bahan tersebut. Bagi mengelakkan keraguan, bahan yang dikemukakan tidak akan diedit untuk tujuan pengadilan.
  2. Pihak PLUS Berhad mempunyai hak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, mengalami gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab yang di luar kawalan PLUS Berhad walaupun selepas usaha terbaik oleh PLUS Berhad telah pun diberikan.
  3. PLUS Berhad berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar Syarat-syarat berkenaan. Pihak PLUS Berhad juga berhak untuk menamatkan akaun ahli Laman Web mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau dilanggar mana-mana terma dan syarat-syarat am dan pihak PLUS Berhad berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu ia percaya telah menjalankan aktiviti penipuan atau lain-lain aktiviti berbahaya dengan Peraduan ini, proses penyertaan Peraduan dan/atau Laman Web.

Terma & Syarat Lain

  1. Semua penyertaan yang dihantar mestilah asli dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelektual yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Para peserta tidak dibenarkan menimbulkan, mengedarkan, mengeluarkan semula atau mengemukakan dalam apa jua cara sekalipun, mana-mana bahan-bahan yang mengandungi hak harta intelek mana-mana pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, atau maklumat proprietari lain yang dimiliki oleh pihak lain tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak harta intelektual atau maklumat proprietari. Jika anda percaya bahawa kerja anda telah ditiru dan dipaparkan dengan cara yang melanggar hak harta intelek, sila hubungi PLUS Berhad.
  2. PLUS Berhad, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk mengubahsuai Syarat & Peraturan tanpa sebarang notis terlebih dahulu, jika diperlukan untuk kelancaran Peraduan.
  3. Terma & Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja.
  4. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  5. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini, serta keputusan pihak PLUS Berhad.

Kandungan Yang Dilarang

  1. Berikut adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang diharamkan atau dilarang untuk dipaparkan di Laman Web ini. Sebarang kandungan oleh peserta seperti ini boleh, mengikut budi bicara mutlak PLUS Berhad, menyebabkan kehilangan kelayakan penyertaan. Di samping itu, pihak PLUS Berhad mempunyai hak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai, mengikut budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tanpa had, memadam apa-apa komunikasi yang melanggar peruntukan berkenaan dan melaporkan kesalahan tersebut kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkenaan. Kandungan yang dilarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang di atas budi bicara mutlak PLUS Berhad termasuklah:
    1. Melanggar tatacara masyarakat di dalam talian, seperti kandungan yang menggalakkan perlakuan perkauman, politik atau agenda agama, keganasan, bahasa yang tidak baik, ketaksuban, kebencian atau kecederaan fizikal di dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
    2. Termasuk bahan-bahan yang menyindir/menyinggung perasaan terhadap mana-mana amalan agama dan/atau produk pesaing PLUS Berhad di dalam apa jua medium;
    3. Mengganggu atau menyebabkan gangguan kepada orang lain;
    4. Mengandungi sebarang maklumat yang [1] peserta itu tahu adalah palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan aktiviti haram atau kelakuan yang tidak elok, atau [3] mengancam , berunsur lucah, fitnah, atau sepertinya;
    5. Sebarang salinan tidak sah atau hak cipta orang lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, [1] program-program komputer cetak rompak atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintasi peranti untuk melindungi penyalinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] muzik cetak rompak atau pautan kepada fail muzik cetak rompak;
    6. Memaparkan bahan lucah, pornografi atau bahan seksual di dalam sebarang bentuk;
    7. Mengandungi bahan yang mengeksploitasikan orang lain dengan cara seksual atau ganas;
    8. Mengandungi bahan yang menunjukkan atau menggambarkan apa-apa perbuatan yang menyakitkan hati atau ganas sama ada yang melibatkan individu lain atau individu atau haiwan atau tidak;
    9. Menyediakan maklumat pengajaran tentang aktiviti haram seperti membuat atau membeli senjata haram, melanggar privasi seseorang, atau membekalkan atau mencipta virus komputer; dan
    10. Mempamerkan secara terang-terangan situasi/keadaan berbahaya atau berpotensi mengancam nyawa.

 

KLIK SINI UNTUK DAFTAR

 

 

What's Next?
Make an enquiry

Drop us a note and we'll get back to you soon

Call us

Got a question? Call our Customer Care hotline at 1-800-88-0000, any time, any day

Loading...