About Programs

TERMA DAN SYARAT

  1.             Syarat Kelayakan:

1.1   Penggunaan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go yang berdaftar sebagai ahli PLUSMiles akan melayakkan pengguna kad untuk menikmati 20% rebat perayaan bagi perjalanan melebihi 100 kmdi Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lebuhraya LINKEDUA (Lebuhraya* PLUS) pada12, 13, 20, 21 February 2018 dalam satu perjalanan. *Tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

1.2   Semua kenderaan Kelas 1 sahaja (kereta/van/lori – kenderaan ringan dengan gandar 2 dan 3 atau 4 roda sahaja kecuali teksi) layak untuk mendapat rebat perayaan berdasarkan jumlah bayaran tol secara elektronik di Lebuhraya PLUS*.

         *Tidak termasuk Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

1.3   Hanya pemegang kad PLUSMiles atau kad Touch `n Go yang berdaftar sebagai ahli PLUSMiles layak untuk mendapatkan rebat perayaan 20% ini.

1.4  Kad PLUSTrack, kad BizXS dan kad FleetXS tidak layak untuk mendapat rebat perayaan 20%.

1.5   Pengguna kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go WAJIB mendaftar di laman sesawang PLUSMiles di www.plusmiles.com.my untuk mendapatkan rebat perayaan.

1.6  Untuk pemegang kad Touch ‘n Go,  boleh mendaftar dengan mengikuti langkah:

  1.     Melayari Portal PLUSMiles : www.plusmiles.com.my  
  2.     Sign up / Sign in
  3.     Pergi ke My Account dan tekan ‘Add Touch n Go Card’
  4.     Tekan ‘Add Card’ dan mengisi Nombor Kad Touch n’ GO
  5.     Tekan Save

1.7  Untuk ahli PLUSMiles, transaksi tol yang layak untuk rebat perayaan ini akan dikecualikan dari pengiraan Rebat 5% PLUSMiles dan mata ganjaran PLUSMiles.

1.8  Pengguna juga perlu mendaftar kad di laman sesawang Touch `n Go iaitu MyTouchnGo Portal untuk melihat kelayakan rebat perayaan pengguna.

  1.             Syarat Penebusan Rebat:

2.1   Rebat perayaan boleh ditebus di semua Pusat Kaunter Khidmat Pelanggan PLUS dan Hub Touch `n Go.

Senarai Pusat Khidmat Pelanggan PLUS

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 7.00 malam, Isnin hingga Ahad (termasuk hari cuti umum). Sila rujuk waktu operasi terkini di laman sesawang PLUS di www.plus.com.my

2.2   Ringkasan tempoh kelayakan dan penebusan rebat perayaan Tahun Baharu Cina 2018 adalah seperti di bawah:

Rebat perayaan

 

20% Rebat bagi pemegang kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go yang berdaftar sebagai ahli PLUSMiles

 

Tarikh kelayakan

12 Febuari 2018

13 Febuari 2018

20 Febuari 2018

21 Febuari 2018

(perjalanan melebihi 100km di PLUS, ELITE, BKE and LINKEDUA)

 

Tempoh penebusan rebat

15 Mac 2018 hingga 14 Jun 2018

Lokasi penebusan rebat

Pusat-Pusat Khidmat Pelanggan PLUS

Pusat Khidmat Pelangan 

dan Hub Touch ‘n Go

Tarikh luput

15 Jun 2018

 

2.3   Tempoh penebusan tidak akan dilanjutkan setelah melebihi tarikh luput penebusan.

2.4   Untuk kad rosak atau tamat tempoh, pengguna perlu mengunjungi Hub Touch `n Go untuk mendapatkan kad gantian. Ini tertakluk kepada terma & syarat kad rosak dan tamat tempoh daripada pihak Touch `n Go Sdn Bhd

2.5   Untuk menebus rebat perayaan, pengguna perlu membawa kad yang layak untuk mendapat rebat ke kaunter Pusat Khidmat Pelanggan PLUS ataupun Hub Touch `n Go.

2.6   Untuk kehilangan kad, rebat perayaan tidak boleh dipindahkan ke kad yang lain untuk penebusan dan kelayakan rebat yang tidak dituntut dalam tempoh masa penebusan akan dilupuskan.

2.7. Jumlah rebat yang layak tidak boleh ditukarkan ke dalam bentuk tunai atau dibayar dalam bentuk pembayaran yang lain.

 

Loading...