GANJARAN HARI PEKERJA DARI PLUSMILES

GANJARAN HARI PEKERJA DARI PLUSMILES

KEMPEN “GANJARAN HARI PEKERJA DARI PLUSMILES”

TERMA DAN SYARAT

 

 

1.            Penganjur

Penganjur Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad” atau “Penganjur”).

 

2.            Tempoh

  • Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini akan bermula 1 Mei 2024, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

 

3.            Kelayakan

  • Kempen ini terbuka kepada pengguna lebuhraya PLUS yang berbelanja RM 5 pada 1 Mei 2024.
  • Bukan ahli PLUSMiles perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/pada 10 Mei 2024.

 

4.            Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran 

Syarat

Ahli PLUSMiles Sedia Ada

Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 10 Mei 2024

Jumlah Transaksi Tol Kumulatif untuk Touch ‘N Go Kad dan/atau RFID

Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM5

  1. Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM5

DAN

  1. Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/pada 10 Mei 2024.

Jumlah Mata Ganjaran

500 Mata Ganjaran ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen

 

 

5.           Liabiliti dan Tanggungjawab

  • Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” , penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
  • Pihak  Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles”  ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.
  • Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan  Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” , penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” , termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.

 

6.            Hak Penganjur

  • Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen ““(campaign name)”" jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikannya.
  • Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” atau melanggar terma-terma Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” . Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” dan/atau proses penyertaan Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” .
  • Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.  Sekiranya    terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
  • Dengan menyertai Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” , pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” .

 

 

 

 

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions

No

Soalan / Question

Jawapan / Answer

1

Bilakah Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini bermula?

 

When does this “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” Campaign begin?

Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini bermula pada 10 Mei 2024 sahaja.

 

This “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles”  Campaign begins on 10th May 2024 only.

2

Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” ini?

 

What are the eligibility requirements for this “Ganjaran Hari Pekerja Dari PLUSMiles” Campaign?

Ahli PLUSMiles atau bukan ahli PLUSMiles yang mendaftar sebelum 10 Mei dan membuat tol transaksi tanpa tunai di Leburaya PLUS pada 1 Mei 2024.

3

Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “(campaign name)” ini?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

How do I participate in this “(campaign name)” Campaign?

Langkah untuk menyertai kempen “(campaign name)”:

Ahli PLUSMiles sedia ada

  1. Bayaran transaksi tol (TnG Kad atau RFiD) minima RM5 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad pada 10 Mei 2024

Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum atau pada 10 Mei 2024.

 

Steps to join the “(campaign name)” campaign:

Existing PLUSMiles members

  1. Pay a minimum of RM5 for toll charges/amount (For TnG Card or RFiD usage) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period (1st May 2024)

Non-PLUSMiles members who register before or on 10ht May 2024

 

4

Bagaimana saya boleh dapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

 

 

 

How do I get the 500 PLUSMiles Points?

  1. Bagi ahli PLUSMiles sedia ada, layak mendapat 500 Mata Ganjaran PLUSMiles dengan syarat telah memenuhi syarat kelayakan seperti yang tertakluk dalam Terma & Syarat.
  2. 500 Mata Ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun ahli PLUSMiles yang layak dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.
  1. For existing PLUSMiles members, eligible to get 500 PLUSMiles Reward Points provided they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions.
  2. 500 PLUSMiles points will be credited into eligible PLUSMiles customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended.

5

Bagaimana saya boleh dapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

 

 

 

 

How do I get the 800 PLUSMiles Points?

  1. Bagi bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 10 Mei 2024, layak mendapat 500 Mata Ganjaran PLUSMiles dengan syarat telah memenuhi syarat kelayakan seperti tertakluk di Terma & Syarat.

 

 

  1. For non PLUSMiles members who register before or on 10th May 2024 are, eligible to get 500 PLUSMiles Reward Points provided they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions
  2. 500 PLUSMiles points will be credited into eligible PLUSMiles customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended.

 

6

Apakah saya boleh lakukan dengan dengan Mata Ganjaran PLUSMiles bonus?

 

 

What can I redeem with bonus PLUSMiles Points?

 

 

Anda boleh menebus Mata Ganjaran PLUSMiles dengan memuat turun Aplikasi PLUS di Apple Store atau Google Play Store dan memilih jenis-jenis produk penebusan yang sedia ada di portal PLUSMiles

 

You can redeem PLUSMiles Points by downloading the PLUS App on the Apple Store or Google Play Store and refer to types of redemption products available in PLUSMiles Portal

 

7

Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Ganjaran PLUSMiles saya?

 

 

Is there any expiry date for my PLUSMiles Points?

Mata Ganjaran PLUSMiles anda akan sah selama enam (6) bulan. Sebagai contoh, mata yang diperoleh pada April 2024 akan luput tarikh pada 31 Oktober 2024.

 

Your PLUSMiles Points is valid for a period of six (6) months and the expiry is based on first in-first out on a monthly basis. For example, points earned in April 2024 will expire on 31st October 2024.

 

8

Jika saya ialah ahli PLUSMiles sedia ada dan guna lebih daripada RM5 tansaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD), adakah saya akan dapat lebih daripada 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

If I am an existing PLUSMiles Member and pay more than RM5.00 toll transaction (TnG Card /RFiD), will I receive more than 500 PLUSMiles Points?

 

Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 500 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD) minima RM5 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen

 

 

No, you are entitled to earn 500 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM5.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period

9

Jika saya ialah Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 10 Mei 2024 guna lebih daripada RM5.00 tansaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD), adakah saya akan dapat lebih daripada 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

If I am non PLUSMiles members who register before or on 10th May 2024 pay more than RM5.00 toll transaction (TnG Card /RFiD), will I receive more than 500 PLUSMiles Points?

Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 500 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD) minima RM5.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen

 

 

 

 

No, you are entitled to earn 500 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM5.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period