Cashless Je Di R&R PLUS!

Cashless Je Di R&R PLUS!

Kini terdapat 11 lokasi R&R dan Hentian Sebelah PLUS yang beroperasi sepenuhnya secara tanpa tunai (cashless) untuk pengalaman pembayaran yang lebih mudah, pantas dan selamat.

Pembayaran boleh dilakukan dengan mudah melalui kad debit/kredit atau imbasan kod QR.

 

Pelanggan turut digalakkan mendaftar akaun PLUSMiles melalui aplikasi PLUS untuk menikmati manfaat pengumpulan 1 Mata Ganjaran PLUSMiles bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata ganjaran ini boleh ditebus dalam bentuk pelbagai hadiah menarik sebagai penghargaan atas sokongan pengguna.

 

Lokasi R&R yang terlibat:

 

1.R&R Rawang (Arah Utara)

2. R&R Dengkil (Arah Utara)

3. R&R Dengkil (Arah Selatan)

4. R&R Seremban (Arah Utara)

5. R&R Seremban (Arah Selatan)

6. Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)

7. Hentian Sebelah Serdang (Arah Selatan)

8. Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara)

9. Hentian Sebelah Nilai (Arah Selatan)

10. Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara)

11. Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Selatan)