Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling
KEMPEN “PROMOSI CUTI AKHIR TAHUN, GANU CALLING!”
TERMA DAN SYARAT
Penganjur
Penganjur Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad” atau “Penganjur”).
Tempoh
- Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini akan berlaku pada 18 Disember sehingga 31 Disember 2025, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
- Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
Kelayakan
- Kempen ini terbuka kepada semua pengguna lebuhraya LPT2 dan PLUS.
- Bukan ahli PLUSMiles perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/pada 14 Januari 2026.
Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran & 800 Mata Ganjaran PLUSMiles
|
Syarat
|
Ahli PLUSMiles Sedia Ada
|
Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 14 Januari 2026
|
|
Jumlah Transaksi Tol untuk Touch ‘N Go Kad dan/atau RFID
|
Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM30.00
|
- Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM30.00 DAN
- Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles
sebelum/pada 14 Januari 2026.
|
|
Jumlah Mata Ganjaran
|
500 Mata Ganjaran ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun
PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen
|
800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles
dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen
|
Liabiliti dan Tanggungjawab
- Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
- Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.
- Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”, penghantaran/muat naikinformasi untuk Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana- mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.
Hak Penganjur
- Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikannya.
- Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana- mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” atau melanggar terma-terma Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”. Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” dan/atau proses penyertaan Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”.
- Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
- Dengan menyertai Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”.
Soalan Lazim / Frequently Asked Questions
|
No
|
Soalan / Question
|
Jawapan / Answer
|
|
1
|
Bilakah Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini bermula?
When does this “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” Campaign begin?
|
Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini bermula pada 18 sehingga 31 Disember 2025.
This “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” Campaign begins on 18th until 31st December 2025.
|
|
2
|
Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen
“Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini?
What are the eligibility requirements for this
“Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” Campaign?
|
Ahli PLUSMiles yang telah belanja kurang daripada RM20 pada bulan November 2025.
PLUSMiles members that has spent less than RM20 in November 2025.
|
|
3
|
Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” ini?
How do I participate in this “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” Campaign?
|
Langkah untuk menyertai kempen “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!”:
Ahli PLUSMiles sedia ada
- Bayaran 1 transaksi tol (TnG Kad atau RFiD) minima RM30.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya LPT2 sepanjang Tempoh Kempen.
Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum atau pada 14 Januari 2026.
- Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles (sebelum/pada 14 Januari 2026) dan berbelanjakan RM30.00 dalam transaksi tol (Kad TnG dan/atau RFiD) dalam tempoh 14 hari.
Steps to join the “Promosi Cuti Akhir Tahun, Ganu Calling!” campaign:
Existing PLUSMiles members
- Pay a minimum of RM30.00 for toll charges/amount (For TnG Card or RFiD usage) at any LPT2 toll plazas during the Campaign Period
Non-PLUSMiles members who register before or on 14th January 2025
- Register as a PLUSMiles member (before/on 14th January 2025) and spend RM30.00 in toll transactions (TnG card and/or RFiD) within 14 Days.
|
|
4
|
Bagaimana saya boleh dapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?
How do I get the 500 PLUSMiles Points?
|
- Bagi ahli PLUSMiles sedia ada, layak mendapat 500 Mata Ganjaran PLUSMiles dengan syarat telah memenuhi syarat kelayakan seperti yang tertakluk dalam Terma & Syarat.
- 500 Mata Ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun ahli PLUSMiles yang layak dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.
- For existing PLUSMiles members, eligible to get 500 PLUSMiles Reward Points provided they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions.
- 500 PLUSMiles points will be credited into eligible PLUSMiles
customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended.
|
|
5
|
Bagaimana saya boleh dapatkan 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?
How do I get the 800 PLUSMiles Points?
|
- Bagi bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 14 Januari 2026, layak mendapat 800 Mata Ganjaran PLUSMiles dengan syarat telah memenuhi syarat kelayakan seperti tertakluk di Terma & Syarat.
- 800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun ahli PLUSMiles yang layak dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen
- For non PLUSMiles members who register before or on 14th January 2025 are, eligible to get 800 PLUSMiles Reward Points provided they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions
- 800 PLUSMiles points will be credited into eligible PLUSMiles
customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended.
|
|
6
|
Apakah saya boleh lakukan dengan dengan Mata Ganjaran PLUSMiles bonus?
What can I redeem with bonus PLUSMiles Points?
|
Anda boleh menebus Mata Ganjaran PLUSMiles dengan memuat turun Aplikasi PLUS di Apple Store atau Google Play Store dan memilih jenis- jenis produk penebusan yang sedia ada di portal PLUSMiles
You can redeem PLUSMiles Points by downloading the PLUS App on the Apple Store or Google Play Store and refer to types of redemption products available in PLUSMiles Portal
|
|
7
|
Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Ganjaran PLUSMiles saya?
Is there any expiry date for my PLUSMiles Points?
|
Mata Ganjaran PLUSMiles anda akan sah selama enam (6) bulan. Sebagai contoh, mata yang diperoleh pada Oktober 2025 akan luput tarikh pada 31 November 2025.
Your PLUSMiles Points is valid for a period of six (6) months and the expiry is based on first in-first out on a monthly basis. For example, points earned in Oktober 2025 will expire on 31st November 2025.
|
|
8
|
Jika saya ialah ahli PLUSMiles sedia ada dan guna lebih daripada RM30.00 tansaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD), adakah saya akan dapat lebih daripada 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?
If I am an existing PLUSMiles Member and pay more than RM30.00 toll transaction (TnG Card /RFiD), will I receive more than 500 PLUSMiles Points?
|
Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 500 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD) minima RM30.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya LPT2 sepanjang Tempoh Kempen
No, you are entitled to earn 500 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM15.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage) at any LPT2 toll plazas during the Campaign Period
|
|
9
|
Jika saya ialah Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 14 Januari 2026 guna lebih daripada RM30.00,
|
Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 800 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD) minima RM30.00 di mana-mana Plaza Tol
Lebuhraya LPT2 sepanjang Tempoh Kempen
|
|
|
adakah saya akan dapat lebih daripada 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?
If I pay more than RM30.00 tol transaction (TnG Card /RFiD), will I receive more than 800 PLUSMiles Points?
|
No, you are entitled to earn 800 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM30.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage) at any LPT2 toll plazas during the Campaign Period
|