Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS

Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS

KEMPEN “PERJALANAN PENUH GANJARAN - PLUS”

TERMA DAN SYARAT

 

Penganjur

Penganjur Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad dan JustGO Solution SDN BHD beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad”, “JustGO SDN BHD” atau “Penganjur”).

 

Tempoh

  1. Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini akan berlaku pada 20 Februari - 06 Mac 2026, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

 

Kelayakan

  1. Kempen ini terbuka kepada semua pengguna lebuhraya PLUS.
  2. Bukan ahli PLUSMiles/JustGO perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles/JustGO sebelum/pada 20 Mac 2026.

 

Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran & 800 Mata Ganjaran PLUSMiles

Syarat

Ahli PLUSMiles/JustGO Sedia Ada

Bukan Ahli PLUSMiles/JustGO dan yang baru berdaftar sebelum/pada 20 Mac 2026

Jumlah Transaksi Tol untuk Touch ‘N Go Kad dan/atau RFID dan/atau ANPR

Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM25.00

  1. Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM25.00 DAN
  2. Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles/JustGO

sebelum/pada 20 Mac 2026.

Jumlah Mata Ganjaran

500 Mata Ganjaran ganjaran PLUSMiles akan  dimasukkan  ke  dalam  akaun

PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen

800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles

dalam    tempoh    empat               (4)             minggu selepas tamat Tempoh Kempen

 

Liabiliti dan Tanggungjawab

 

  1. Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
  2. Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.
  3. Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”, penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana- mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.

Hak Penganjur

 

  1. Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikannya.
  2. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana- mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” atau melanggar terma-terma Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”. Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles/JustGo pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” dan/atau proses penyertaan Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”.
  3. Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
  4. Dengan menyertai Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”.

 

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions

 

No

Soalan / Question

Jawapan / Answer

1

Bilakah Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini bermula?

 

When does this “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” Campaign begin?

Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini bermula pada 20 Februari sehingga 06 Mac 2026.

 

This “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” Campaign begins on 20th February until 06th March 2026.

2

Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen

“Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini?

 

What are the eligibility requirements for this

“Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” Campaign?

Ahli PLUSMiles/JustGO yang telah belanja kurang daripada RM25 pada bulan Januari 2026.

 

PLUSMiles members that has spent less than RM25 in January 2026.

3

Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” ini?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

How do I participate in this “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” Campaign?

Langkah untuk menyertai kempen “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS”:

Ahli PLUSMiles/JustGO sedia ada

  1. Bayaran 1 transaksi tol (Kad TnG, RfiD dan/atau ANPR) minima RM25.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen.

Bukan Ahli PLUSMiles/JustGO dan yang baru berdaftar sebelum atau pada 20 Mac 2026.

  1. Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles/JustGO (sebelum/pada 20 Mac 2026) dan berbelanjakan RM25.00 dalam transaksi tol (Kad TnG, RfiD dan/atau ANPR) dalam tempoh 14 hari.

 

Steps to join the “Perjalanan Penuh Ganjaran - PLUS” campaign:

Existing PLUSMiles/JustGO members

  1. Pay a minimum of RM25.00 for toll charges/amount (For TnG Card, RFiD usage and/or ANPR) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period

Non-PLUSMiles/JustGO members who register before or on 20th March 2026

  1. Register as a PLUSMiles/JustGO member (before/on 20th March 2026) and spend RM15.00 in toll transactions (TnG card, RfiD and/or ANPR) within 7 Days.

4

Bagaimana saya boleh dapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

 

 

 

How do I get the 500 PLUSMiles Points?

  1. Bagi ahli PLUSMiles/JustGO sedia ada, layak mendapat 500 Mata Ganjaran PLUSMiles dengan syarat telah memenuhi syarat kelayakan seperti yang tertakluk dalam Terma & Syarat.
  2. 500 Mata Ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun ahli PLUSMiles yang layak dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.
  1. For existing PLUSMiles/JustGO members, eligible to get 500 PLUSMiles Reward Points provided they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions.
  2. 500 PLUSMiles points will be credited into eligible PLUSMiles

customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended.

5

Bagaimana saya boleh dapatkan 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

How do I get the 800 PLUSMiles Points?

  1. Bagi bukan Ahli PLUSMiles/JustGO dan yang baru berdaftar sebelum/pada 20 Mac 2026, layak mendapat 800 Mata Ganjaran PLUSMiles dengan syarat telah memenuhi syarat kelayakan seperti tertakluk di Terma & Syarat.
  2. 800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun ahli PLUSMiles yang layak dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen
  1. For non PLUSMiles/JustGO members who register before or on 20th March 2026  are, eligible to get 800 PLUSMiles Reward Points provided they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions
  2. 800 PLUSMiles points will be credited into eligible PLUSMiles

customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended.

6

Apakah saya boleh lakukan dengan dengan Mata Ganjaran PLUSMiles bonus?

 

 

What can I redeem with bonus PLUSMiles Points?

Anda boleh menebus Mata Ganjaran PLUSMiles dengan memuat turun Aplikasi PLUS di Apple Store atau Google Play Store dan memilih jenis- jenis produk penebusan yang sedia ada di portal PLUSMiles.

 

You can redeem PLUSMiles Points by downloading the PLUS App on the Apple Store or Google Play Store and refer to types of redemption products available in PLUSMiles Portal.

7

Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Ganjaran PLUSMiles saya?

 

 

Is there any expiry date for my PLUSMiles Points?

Mata Ganjaran PLUSMiles anda akan sah selama enam (6) bulan. Sebagai contoh, mata yang diperoleh pada Oktober 2025 akan luput tarikh pada 31 November 2025.

 

Your PLUSMiles Points is valid for a period of six (6) months and the expiry is based on first in-first out on a monthly basis. For example, points earned in Oktober 2025 will expire on 31st November 2025.

8

Jika saya ialah ahli PLUSMiles/JustGO sedia ada dan guna lebih daripada RM15.00 tansaksi tol (Kad TnG dan/atau RfiD dan/atau ANPR), adakah saya akan dapat lebih daripada 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

If I am an existing PLUSMiles/JustGO Member and pay more than RM15.00 toll transaction (TnG Card /RfiD/ANPR), will I receive more than 500 PLUSMiles Points?

Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 500 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RfiD dan/atau ANPR) minima RM15.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen

 

 

No, you are entitled to earn 500 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM15.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage and/or ANPR) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period

9

Jika saya ialah Bukan Ahli PLUSMiles/JustGO dan yang baru berdaftar sebelum/pada 20 Mac 2026 guna lebih daripada RM15.00,

Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 800 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (Kad TnG dan/atau RfiD dan/atau ANPR) minima RM15.00 di mana-mana Plaza Tol

Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen

 

adakah saya akan dapat lebih daripada 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?

 

 

 

If I pay more than RM15.00 tol transaction (TnG Card /RfiD/ANPR), will I receive more than 800 PLUSMiles Points?

 

 

 

 

 

No, you are entitled to earn 800 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM15.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD and/or ANPR usage) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period