SOAL SELIDIK MAKLUM BALAS PELANGGAN

SOAL SELIDIK MAKLUM BALAS PELANGGAN

KEMPEN “SOAL SELIDIK MAKLUM BALAS PELANGGAN” TERMA DAN SYARAT

 

 

 

  1. Penganjur

Penganjur Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad dan JustGO Solution Sdn Bhd beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad”, “JustGO Sdn Bhd” atau “Penganjur”).

2.Tempoh

a. Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” ini akan berlangsung pada 20 April – 27 April 2026 dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

b. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan Tempoh Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

 

3.Kelayakan

a.Kempen ini terbuka kepada pengguna PLUSMiles/JustGO yang menerima jemputan soal selidik ini.

b.Setiap responden hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja sepanjang Tempoh Kempen.

 

4.Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles

a.1,000 responden terawal yang melengkapkan soal selidik dengan berjaya akan menerima 500 Mata Ganjaran PLUSMiles

b.Kelayakan adalah berdasarkan masa (timestamp) penyerahan lengkap soal selidik.

c.Respon yang tidak lengkap, tidak sah atau berulang tidak akan diambil kira.

d.500 Mata Ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles yang layak dalam tempoh empat (4) minggu selepas Tempoh Kempen (20 April – 27 April 2026) tamat.

 

  1. Liabiliti dan Tanggungjawab

 

  1. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, kos atau perbelanjaan yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan atau kemalangan yang berlaku semasa penyertaan Kempen ini.
  2. Penganjur, pegawai, pekerja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada penyertaan Kempen ini termasuk gangguan sistem, ralat teknikal, kelewatan penghantaran atau isu rangkaian internet.
  3. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau kegagalan menerima penyertaan akibat masalah penyedia perkhidmatan internet atau telekomunikasi.

 

 

  1. Hak Penganjur

 

  1. Penganjur berhak untuk mengubah, menggantung atau membatalkan Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” ini jika berlaku sebarang keadaan di luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada gangguan teknikal, penipuan atau kegagalan sistem.
  2. Penganjur berhak membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang disyaki menipu, menyalahgunakan sistem atau melanggar terma dan syarat Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” ini.
  3. Dengan menyertai Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini yang meliputi Tempoh Kempen 20 April – 27 April 2026.
  4. Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
  5. Dengan menyertai Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan”, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan”.

 

Soalan Lazim / Frequently Asked Question

 

No

Soalan / Question

Jawapan / Answer

1

Bilakah Kempen ini bermula?

 

 

When does this Campaign begin?

Kempen “Soal Selidik Maklum Balas Pelanggan” berlangsung pada 20 April hingga 27 April 2026.

 

The Campaign runs from 20th to 27th April 2026.

2

Siapa yang layak menyertai?

 

Who is eligible?

Pengguna PLUSMiles/JustGO yang menerima jemputan soal selidik ini.

 

 PLUSMiles/JustGO users who receive the survey invitation.

3

Bagaimana cara menyertai?

 

 How to participate?

Responden perlu melengkapkan soal selidik dalam Tempoh Kempen.

 

Participants must complete the survey during the Campaign Period.

4

Bagaimana saya dapat 500 Mata Ganjaran?

 

 

How do I get 500 Points?

1,000 responden terawal yang melengkapkan soal selidik akan menerima 500 Mata Ganjaran PLUSMiles.

 

First 1,000 respondents who complete the survey will receive 500 PLUSMiles Points.

5

Bagaimana saya tahu saya layak?

 

 

How do I know I am eligible?

Kelayakan adalah berdasarkan masa penyerahan (timestamp) dan akaun yang sah.

 

Eligibility is based on submission timestamp and valid account.

6

Bila mata ganjaran akan dikreditkan?

 

 

When will points be credited?

Dalam tempoh empat (4) minggu selepas Kempen tamat iaitu 20 April – 27 April 2026.

 

Within four (4) weeks after the Campaign ends (20th – 27th April 2026).

7

Adakah saya boleh menjawab lebih daripada sekali?

 

Can I answer more than once?

Tidak, setiap peserta hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja.

 

No, each participant can only respond once.

8

Jika saya bukan dalam 1,000 terawal, adakah saya dapat ganjaran?

 

Will I still get reward if not in top 1,000?

Tidak, hanya 1,000 responden terawal sahaja layak menerima ganjaran.

 

No, only the first 1,000 respondents are eligible for the reward.