NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!

NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!

KEMPEN “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”

TERMA DAN SYARAT

Penganjur

Penganjur Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad” atau “Penganjur”).
 

Tempoh

  1. Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini akan berlaku pada 1 Oktober – 7 Oktober 2026, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

  2. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

 

Kelayakan

  1. Kempen ini terbuka kepada ahli PLUSMiles atau JustGO yang  menggunakan lebuhraya PLUS dan LPT2 dan berbelanja kurang dari RM30 pada bulan September.
     

Cara menyertai dan berpeluang memenangi baucar Mydin bernilai RM10

Syarat

Ahli PLUSMiles atau JustGO Sedia Ada

Jumlah Transaksi Tol untuk Touch ‘N Go Kad atau RfiD atau ANPR

Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM40.00 di Lebuhraya PLUS

Ganjaran

  • Penyertaan secara automatik bagi ahli PLUSMiles atau JustGO yang memenuhi syarat kempen dan berpeluang memenangi baucar Mydin bernilai RM10
  • Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang didaftarkan di bawah akaun PLUSMiles atau JustGO dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen

 

 

 

 

Liabiliti dan Tanggungjawab

 

  1. Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.

  2. Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.

  3. Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”, penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana- mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.

  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.



Hak Penganjur

  1. Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikannya.

  2. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana- mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” atau melanggar terma-terma Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”. Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” dan/atau proses penyertaan Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”.

  3. Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

  4. Dengan menyertai Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”.

 

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions

No

Soalan / Question

Jawapan / Answer

1

Bilakah Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini bermula?

 

When does this “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” Campaign begin?

Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini bermula pada 1 Oktober – 7 Oktober 2026.

 

This “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” Campaign begins on 1st October until 7th October 2026.

2

Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen

“NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini?

 

What are the eligibility requirements for this

“NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” Campaign?

Ahli PLUSMiles atau JustGO yang telah belanja kurang daripada RM30 pada bulan September 2026.

 

PLUSMiles or JustGO members that has spent less than RM30 in September 2026.

3

Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” ini?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

How do I participate in this “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” Campaign?

Langkah untuk menyertai kempen “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!”:

Ahli PLUSMiles sedia ada

  1. Bayaran  transaksi tol (Kad TnG, RfiD atau ANPR) minima RM40.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS sepanjang Tempoh Kempen.

 

 

 

 

 

Steps to join the “NIKMATI PERJALANAN DENGAN LEBIH GANJARAN!” campaign:

Existing PLUSMiles members

  1. Pay a minimum of RM40.00 for toll charges/amount (For TnG Card or RfiD or ANPR) at any PLUS highway toll plazas during the Campaign Period

 

4

Bagaimana saya boleh memenangi baucar Mydin bernilai RM10?

 

 

 

 

 

How do I get the chance to win RM10 Mydin voucher?

  1. Bagi ahli PLUSMiles atau JustGO sedia ada, penyertaan adalah secara automatik sekiranya berbelanja minima RM40.00 di Lebuhraya PLUS sepanjang tempoh kempen.

  2. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang berdaftar dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

  1. For existing PLUSMiles or JustGO members, participation are automatic once they have met the eligibility requirements as in the Terms & Conditions.Eligible participants will stand a chance to win the voucher.

  2. Winner will be contacted through registered email within four (4) weeks after the Campaign Period ended.